Khamis, 5 Februari 2026

Jualan infaq barang terpakai 4 Feb 2026

 


Alhamdulillah...jualan petang semalam barang2 terpakai untuk tabung Cafe SHF RM52.90...terima kasih kepada penyumbang barang2 terpakai semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan... Aamiin..

INFAQ SELESA, IBADAH SEMPURNA dengan kerusi urut SHF

 


INFAQ SELESA, IBADAH SEMPURNA

Nikmati kemudahan kerusi urut di Surau Haji Fuad bagi membantu jemaah melaksanakan ibadah dengan lebih fokus, selesa dan tenang.

✅ Melegakan lenguh & keletihan
✅ Membantu kekal fokus dalam ibadah
✅ Infaq anda menyokong kemudahan jemaah

💚 Kadar Infaq Penggunaan:
RM3 – 8 minit
RM5 – 15 minit
RM10 – 30 minit
RM20 – 60 minit

Setiap infaq anda adalah saham akhirat, memudahkan urusan saudara seiman dalam beribadah.

📍 Surau Haji Fuad
Lot 3695, Jalan Nenas, Meru
42200 Klang, Selangor


Isnin, 19 Januari 2026

Jom Sama-Sama Sumbang Barang Kitar Semula Melalui Program Infaq Surau

 


Pernah tak kita terfikir, botol plastik, kotak atau plastik yang selalu kita buang sebenarnya boleh memberi manfaat kepada orang lain? Selalunya selepas buat kenduri, bersihkan rumah atau habis guna barang dapur, kita terus masukkan semuanya ke dalam tong sampah. Hakikatnya, banyak daripada barangan tersebut masih mempunyai nilai jika dikitar semula dengan betul.

Atas kesedaran inilah, Surau Hj Fuad memperkenalkan Program Infaq Barangan Kitar Semula sebagai satu usaha mudah untuk orang ramai menyumbang sambil menjaga alam sekitar. Program ini terbuka kepada semua tanpa mengira usia atau latar belakang. Tak perlu keluarkan duit, cukup dengan menyumbangkan barangan kitar semula yang ada di rumah.

Antara barangan yang dialu-alukan ialah botol plastik, plastik terpakai, kotak dan kadbod. Barang-barang ini boleh dikumpulkan sedikit demi sedikit. Bila dah cukup, bolehlah dihantar ke tempat yang disediakan di kawasan Surau Hj Fuad. Mudah sahaja, tak ambil masa lama pun.




Menariknya, hasil daripada barangan kitar semula ini akan digunakan untuk menyokong pengurusan dan aktiviti surau. Ini termasuklah kerja-kerja penyelenggaraan, kebajikan, dan program kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada jemaah serta penduduk setempat. Secara tidak langsung, barangan yang kita anggap sampah tadi sebenarnya membantu kelangsungan fungsi surau.

Selain itu, program ini juga membantu mendidik masyarakat supaya lebih peka terhadap penjagaan alam sekitar. Apabila kita biasakan diri mengasingkan sampah dan mengitar semula, jumlah sisa yang dibuang dapat dikurangkan. Kawasan sekitar jadi lebih bersih, kemas dan selesa. Anak-anak pula dapat belajar tentang kepentingan menjaga alam sejak kecil.

Dari sudut agama pula, infaq barangan kitar semula ini boleh menjadi amal jariah. Walaupun sumbangannya kecil, manfaatnya berpanjangan. Selagi hasil kitar semula itu digunakan untuk kebaikan, selagi itulah pahala mengalir. Ini satu peluang untuk kita beramal dengan cara yang sangat mudah dan konsisten.



Program ini juga sesuai diamalkan oleh seisi keluarga. Ibu bapa boleh ajar anak-anak kumpul botol plastik atau lipat kotak bersama-sama. Aktiviti ringkas ini bukan sahaja mendidik, malah mengeratkan hubungan kekeluargaan. Sedikit demi sedikit, ia boleh menjadi rutin yang baik dalam kehidupan seharian.

Akhir kata, marilah kita sama-sama menyokong Program Infaq Barangan Kitar Semula Surau Hj Fuad. Jangan pandang kecil sumbangan kita. Setiap botol, setiap kotak dan setiap plastik yang disumbangkan membawa makna besar. Dari sisa yang tidak digunakan, lahir manfaat untuk ummah dan alam sekitar.

Jom infaq hari ini. Mudah, bersih dan penuh keberkatan.



Ahad, 16 Mac 2025

Program Masak Bubur Lambuk 2025 anjuran Surau Hj Fuad











Program Memasak Bubur Lambuk anjuran Surau Hj Fuad 2025 merupakan salah satu aktiviti tahunan yang diadakan sempena bulan Ramadan. Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara ahli kariah serta menyemai semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat.

Acara ini melibatkan penyertaan penduduk setempat yang bersama-sama menyediakan dan memasak bubur lambuk, yang kemudiannya akan diagihkan secara percuma kepada jemaah serta penduduk sekitar. Selain itu, program ini juga menjadi wadah untuk menyantuni golongan yang memerlukan, termasuk warga emas dan asnaf.

Diharapkan melalui program ini, semangat kebersamaan dan nilai murni dalam masyarakat terus diperkukuhkan, selari dengan objektif Surau Hj Fuad dalam menyemarakkan aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan.


 

Selasa, 11 Februari 2025

Mini Karnival Diambang Ramadhan Surau Hj Fuad 2025

 



🏵️ MINI KARNIVAL DI AMBANG RAMADHAN 1446H SURAU HJ FUAD 🏵️
📆 14-15/02/2025
🌅 Jumaat - Sabtu
🕌 Surau Hj Fuad

Assalamualaikum.. .

AJK Surau Hj Fuad akan mengadakan Mini Karnival sempena menjelangnya bulan Ramadhan 1446H.
📍Pelbagai Acara/Akriviti menarik disediakan.
📍Pelbagai hadiah menarik disediakan.
📍Cabutan Rezeki/Cabutan Rezeki (Pendaftaran awal Fun Run Famili)
📍Penyertaan dibuka untuk semua Ahli Kariah & Bukan Ahli Kariah.
📍Untuk Pendaftaran Acara sila isi google form yang disediakan.
📍Terdapat juga Gerai² Jualan Makanan.


Senarai Acara/Aktiviti:

14 Feb 2025
1. Belajar bahasa Syurga (10.00)
2. Explorace kids (3.00 PM)
3. Pertandingan basikal lambat (5.00 PM)
4. Persembahan Qasidah (7.50)
5. Ceramah Perdana (8.00 PM)


15 Feb 2025
1. Pendaftaran Peserta & Sarapan Pagi (7:00 AM - 7:30 AM)
2. Bacaan Doa & Ucapan Perasmian (7:00 AM - 7:45 AM)
3. Fun Run Family (1 KM) (7:45 AM - 8:45 AM)
4. Soopa Doopa (8:30 AM - 6:30 PM)
5. Pertandingan Azan & Nngaji Challage (9:00 AM - 11:00 AM)
6. Cari Harta Karun & teka biji betik (11:00 AM - 1:00 PM)
7. Tiup belon & Motosikal lambat (2:30 PM - 4:00 PM)
8. Pertandingan Gubahan telekung, Anyaman ketupat & Congkak (2:00 PM - 4:00 PM) 
9. Bowling Kelapa, Music chair, Susun Puzzle & Mewarna (4:00 PM - 6:30 PM)


BORANG PENYERTAAN ACARA KARNIVAL
https://forms.gle/APXgFwDhYGn8ZuZx6

Borang order Kupon Karnival Untuk Permainan Soopa Doopa & Pembelian Makanan di Gerai²
https://forms.gle/E2e4NKbujcu64YFA8

Borang peniaga
https://forms.gle/KCw6Ct4kPv6nWnVe7




Khamis, 11 Mei 2023

JAMUAN HARI RAYA EIDULFITRI SURAU HJ FUAD

 🕌JAMUAN HARI RAYA EIDULFITRI 1444H SHF🕌

📆 14/5/2023 (Ahad)

⏰ 8:00pm - 10:30pm

🕌 Surau Hj Fuad